Amalkan 8 aspek kehidupan ini untuk perancangan 2019 anda

Kita kini di penghujung 2018 dan akan menjejak kaki ke 2019 tidak lama lagi. Adakah anda teruja menanti 2019?

Kebiasaannya, bulan Disember adalah masa yang paling sesuai untuk kita meluangkan sedikit waktu mengimbas kembali aktiviti dan pencapaian sepanjang tahun ini. Proses ini bukan sahaja membolehkan kita menilai sejauh mana keberkesanan perancangan kita malah menjadi asas kepada perancangan dan objektif untuk 2019.

Lumrahnya, sebagai seorang usahawan, perancangan tahunan kita kebanyakkannya tertumpu kepada perniagaan kita. Berapa target sales untuk tahun hadapan, berapa target keuntungan, berapa ramai customer baru kita nak cari, mana pasaran baru dan sebagainya. Memang kesemua tadi amat penting kepada kelangsungan perniagaan kita dan perlukan perhatian kita. Kalau boleh, biarlah perancangan tahun 2019 anda turut merangkumi aspek kehidupan seimbang yang lain seperti Kewangan, Keluarga, Perhubungan, Fizikal, Gaya Hidup, Kerohanian dan Mental (Roda Kehidupan Seimbang) 😊

Disini saya kongsikan sedikit contoh perancangan aspek kehidupan yang seimbang:

Aspek Kehidupan Perancangan
Kewangan (Berkaitan duit) + Langsaikan semua hutang kad kredit
+ Buka akaun ASB/Simpanan tetap
Keluarga + Pergi ke 1 percutian bersama keluarga
+ Anak sulung melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Perhubungan + Makan malam sekali sebulan bersama isteri/suami
+ Sesi santai dengan kawan sekolah setiap 3 bulan
Fizikal + Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu + Menurunkan berat badan sebanyak 10kg
Gaya Hidup (aktiviti yang anda minati) + Membeli belah fesyen terkini setiap 6 bulan sekali
+ Bermain golf setiap bulan
Kerohanian + Menyumbang kepada rumah anak-anak yatim
+ Menjalankan ibadah umrah
Mental (mempelajari sesuatu yang baru) + Belajar bertutur dalam Bahasa Cina
+ Belajar membuat kek

Kesemua di atas hanyalah sebagai panduan sahaja. Silalah tambah sebarang aspek kehidupan lain yang penting kepada anda di dalam perancangan tahunan anda. Semoga 2019 akan menjadi tahun yang terbaik untuk anda!

Salam Sukses.

Share this post!
error

You Might Also Like